Friday, February 24, 2012

Rumah Kak Jannah =)

Semalam gi umah Kak Jannah.. Best! dpt belajar bende baru..
Ana nk share kt sini tentang Ilmu Tasauf.. Semalam baca kitab bidayatul hidayah dngn Ayyuhal walad. Previous kelas bljr tntng ciri-ciri seorang guru mursyid.
1)Alim dalam fardhu Ain
2)Arif billah/Lillah/Fillah
3)Mesti ada keahlian
4)Mendapat keizinan untuk beri irsyadat
Tak semua orang boleh jadi guru mursyid. Dia juga harus mempunyai ciri-ciri yang rasulullah ada. Seperti Sidiq-Amanah-Tabligh-Fathonah. Dia juga tidak mencintakan dunia dan juga tidak menginginkan pangkat.
dan jika kita inginkan Ilmu ladunni, kita hendaklah berkhidmat dengan guru tersebut. Tolong dia sebanyak mungkin.Kemudian,jangan bnyk soal atau berhujah dengan dia. Kita mesti Membina a'laqah dengan dia.

"Jauhkan diri anda daripada bergaul dengan Sahabat yang tidak baik, kerana dia akan memberi kesan pada diri seseorang"-Bak hadith Jaliisussoleh wa Jaliisusu'.
Dosa yang paling banyak datang melalui Mata,Telinga,Hidung dan Mulut. Sekali kita lakukan dosa tersebut maka titik hitam akan muncul pada hati kita. Bayangkan jika dosa yang kecil itu menjadi banyak maka titik-titik hitam akan bekumpul menjadi tempat dimana syatian dan jin menetap. Adakah itu yang anda mahukan? Astaghfirullah.
Oleh itu hendaklah kita menyucikan hati kita daripada syaitan.
Pilihlah Kefakiran drpd kekayaan.. cara tersebut hanya melalui tasauf.
Ketahuilah bahawa tasauf mempunyai2 perkara.
1)IstiQamah:Mengorbankan nasib untuk diri dia (masa,harta, keluarga dsb)
2)Baik Akhlak bersama manusia: Tidak menjadikan manusia sebagai batu loncatan utk dia perbaiki diri dia namaun dia menjadikan diri dia sebagai satu cabaran selagi mana tak langgar syariat islam.
Sekian wassalam
2)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home